2:58 AM
9:49 PM
12:33 AM
Semuanya tak dirancang. Bidan terjun aje..... Tapi satu yang memang tak boleh dilupakan ialah laksa hasil air tangan Chemong. Memang bedebum!!!!! Nanti Chemong buat lagi ye.
mana apinya cik abang...... pakai asap aje ke??
Punyalah seronok membakar dari petang sampai ke malam. Kalau boleh nak sampai esok pagi....
Lamb. Inilah menu kalau nak pancing Abang Musa dan Abang Mie.
Chemong kata siapa nak kerusi tu, ambiklah. Free aje tak payah bayar.
Dia bagi sebagai cenderamata ikhlas dari hati.
Suasana senja dari rumah Chemong. Cantik kan. Pemandangan dari ruang tamu.
11:09 AM
Tak dapat pergi waterfall, dapat main air parit pun ok la kan.....
budak-budak ni kalau suruh berkubang, dalam lumpur pun jadi. Anak-anak sape la nih.....
pengotor betul
Abah macam Mat Kilau pun ada. parang tu....
Hari-hari abah ke kebun. Balik dari kebun mesti abah sakit kaki.
sessi gossip liar....
kak ani tu tak patut betullah, ada ke makan sambil mencangkung. Ish....ish...
kebun abah. Kami tak jemu-jemu ke sini.
Walaupun kebun abah tak seluas mana, tapi abah sayang sangat
kerana itu sajalah harta yang abah ada......
sungai yang tiada air. Rasanya parit depan rumah abah tu lagi besar.
Cuma bezanya air kat sini bersih. Air parit depan rumah abah tu dah kotor
10:59 PM
Kak Maya tak sihat. Kak Gee yang kebetulan balik kampung terus bawak emak dan abah datang sini sebab Abang Tapa nak hantar emak dan abah ke Kuala Terengganu. Sementelah emak dan abah ada, kami pun ramai-ramai kumpul di rumah kak Cha. Macam biasalah..... Semoga Kak Maya cepat sembuh. Kami semua sayangkan Kak Maya. Muahhhhh.....
yang lain sila ketepi...... hihi
medang n ngobrol
samseng kampung dusun
5:44 PM
ramai-ramai
sergah baby Aqeel
Setiap kali ada sesiapa bersalin, kami semua akan beramai-ramai pergi ziarah ibu dan baby baru. Dan kebiasaannya, bila dah sampai ke tempat dituju kami semua akan syok sendiri sehingga lupa akan ibu dan baby yang ingin dijenguk...... hehehe
Masa ni ziarah acik Ila dengan baby barunya....yang comel lote.... Muhammad Luqman Aqeel. Sedap namanya. Ini dekat rumah mama acik Ila. Habis makan makanan yang dihidangkan, kami pun balik. Terima kasih tuan rumah.......
Kak Shima dan Abang Wan menunjukkan cara-cara makan dengan penuh kasih sayang. Penting untuk kesejahteraan suami isteri.
Ish...ish....ada ke patut emak acik Ila kata acik Gee mantain muda....tak puas hati betul. Jom ramai-ramai kita membotox untuk melawan kak Gee.
Inilah Faisal. Datang menziarahi sepupu. Kenapalah kecik sangat sepupu awak ni Faisal. Lepas ni nak pegi dating. Sebab tu Islah tinggal kat umah......hahaha habislah
Like father like son...... Kalau dah abahnya hensem nak buat macam mana lagi lah kan...dah tentu anaknya pun kiut miut.....
Abang Zam dengan Aleesya dan Luqman. Faisal tu kenapa jeling aje....nak pangku jugak ke....