5:44 PM


ramai-ramai
sergah baby Aqeel

Setiap kali ada sesiapa bersalin, kami semua akan beramai-ramai pergi ziarah ibu dan baby baru. Dan kebiasaannya, bila dah sampai ke tempat dituju kami semua akan syok sendiri sehingga lupa akan ibu dan baby yang ingin dijenguk...... hehehe

Masa ni ziarah acik Ila dengan baby barunya....yang comel lote.... Muhammad Luqman Aqeel. Sedap namanya. Ini dekat rumah mama acik Ila. Habis makan makanan yang dihidangkan, kami pun balik. Terima kasih tuan rumah.......



Kak Shima dan Abang Wan menunjukkan cara-cara makan dengan penuh kasih sayang. Penting untuk kesejahteraan suami isteri.




Ish...ish....ada ke patut emak acik Ila kata acik Gee mantain muda....tak puas hati betul. Jom ramai-ramai kita membotox untuk melawan kak Gee.



Inilah Faisal. Datang menziarahi sepupu. Kenapalah kecik sangat sepupu awak ni Faisal. Lepas ni nak pegi dating. Sebab tu Islah tinggal kat umah......hahaha habislah



Like father like son...... Kalau dah abahnya hensem nak buat macam mana lagi lah kan...dah tentu anaknya pun kiut miut.....


Abang Zam dengan Aleesya dan Luqman. Faisal tu kenapa jeling aje....nak pangku jugak ke....


5:44 PM



Makan-makan
di rumah Chemong



Dua orang hero zaman kini.
Tuan rumah berbaju biru, Abang Wan. Yang berbaju melayu kuning tu Azmi.
Sungguh hensem sekali..... yang lain sila ketepi...



Tuan rumah kategori wanita...Chemong.
Bergambar penuh aksi dengan Ika.




Kak Cha.... jeling-jeling manja.
Sebelah kak Cha tu Kak Isah.





Zam.... tu air aku lah. Nak ambik la sendiri......



Laaa.... maaflah ye kak Gee.
Nampak bayang-bayang aje.
Jangan nanti kecik hati jadi kita upload lah gambar yang sangat membanggakan ni
hehe....




Ini pulak dua orang anak dara Acik Maya.
Kak Long and Kak Bella.
Tak lama lagi terima menantu la kak Maya kita tu.....


menjelang 2010


Kebetulan ada perkara yang perlu diselesaikan di Melaka pada malam tahun baru yang baru lalu. Chemong kata ada satu restoran masakan China yang sangat sedap masakannya di Kelebang. Dekat saja dengan rumah Chemong. Rezeki jangan ditolak. Apa lagi..... kami makan banyak sebab sedap dan paling penting Chemong yang belanja. Terima kasih Chemong. Lain kali belanja lagi yer.....



Inilah restoran yang kami maksudkan
Mukmin Jaya Seafood Restaurant
yang dimiliki oleh seorang China muallaf (maaf ye kalau tersalah info)
Lagi satu, ia bukan restoran yang sama dengan Restoran Mukmin Shah Alam.


Chemong order macam nak makan sekampung.
Tiada yang tidak sedap melainkan semuanya sedap-sedap belaka....


Sotong masak Chilli. yummy...yummy..


Tuan rumah melayan tetamu
imas.... sabor...bertenang...bertenang...sedu tu keras jangan digigit nanti gigi patah


Dah kenyang (kalau tak percaya tengok perut abang tapa tu...).
Balik ke rumah Chemong semula....

Terima kasih tidak terhingga buat Chemong, Abang Wan dan Aiman. Nanti kami datang lagi. Kita makan dekat tempat lain pulak.