Memori 6 :
Waktu dapat tau mak mengandung lagi, kami buat mesyuarat bawah pokok leban. Pengerusinya Kak Gee. Dia yang bawak breaking news tu. Masa tu tension betul. Ingatkan sepuluh dah ramai macam batang mancis, rupanya ada lagi satu umat nak datang. Masa tu Chemong form 2.
Bila Nanang lahir, Chemong dah form 3. Dekat sepuluh hari lepas lahir, baru mak dengan adik balik. Terkejut tengok kulit dia hitam. He…he….hangus dalam inkubator rupanya. Mula-mula menyampah. Tapi bila tengok mak sakit, Chemong mula jaga adik baru. Waktu tu, tak tau pun dia cacat.
nanang
Chemong habiskan masa di form 3 dengan jaga Nanang siang malam. Ponteng sekolah benda wajib, seminggu paling kurang 2 kali. Homework jangan sebut, tak pernah buat. Baca buku jauh panggang dari api. Tahun tu pulak, abah eksiden, tak boleh kerja. Mak sebok berniaga di kedai makan. Maka Chemong lebih selesa jaga Nanang dari fikir atau ambik tau hal sekolah.
inilah kedai lama mak.....
Bila exam, Chemong jawab jangan tidak aje. Duduk dalam dewan setakat masa wajib. ½ jam pertama cepat-cepat jawab. Lepas tu, cabut lari balik sebab nak bagi susu Nanang. Waktu kecik, Nanang tak nak orang lain bagi susu. Dia sanggup lapar dari minum susu yang orang lain bancuh.
Bila result keluar, Chemong ingat kena repeat form 3. Siap cakap ngan abah nak ulang kat sekolah swasta. Abah kata ok. Sampai tengahari, baru gi ambik result, sebab tunggu kawan-kawan blah dulu. Bila tengok keputusan, Chemong terduduk. Betul ke dapat 16 aggregat? Kawan yang study maut pun dapat result jauh lebih teruk dari Chemong.
Chemong pasti ramai yang keliru dengan result Chemong. Dari satu segi, mungkin Chemong bertuah, tembak jawapan pun tepat. Tapi Chemong ada teori lain kenapa Allah berikan Chemong result sebegitu. Hanya Allah yang tau kebenarannya. Wallahuallam.