@ Mali's Corner


Char kuey teow
yang menjadi mangsa malam tu


kak gee selaku tuan rumah yang dapurnya terletak
di kedai-kedai makan di merata-rata tempat...hihihi


Azmi....
dah tak pandang kiri kanan dah....


Luqman macam biasa....
kalau kena makan mesti buat muka sedih


Faisal....
didatangkan khas dari Cheras


Ika malam tu tension aje....
ala ika biarkan la diorang tu jelous sebenarnya
kan....kan...




Inilah cucu baru atuk....anak acik Ayun. Lahir hari Khamis 12 hb Nov. Nama belum bagi lagi. Emmm....sapa ada nama sedap-sedap tu cepatlah bagi kat acik Ayun ya..... Gerammmmmmm tengok baby ni kan.... Semoga nanti besar jadi anak yang soleh dan beriman. Amin.




Memori 6 :

Waktu dapat tau mak mengandung lagi, kami buat mesyuarat bawah pokok leban. Pengerusinya Kak Gee. Dia yang bawak breaking news tu. Masa tu tension betul. Ingatkan sepuluh dah ramai macam batang mancis, rupanya ada lagi satu umat nak datang. Masa tu Chemong form 2.
Bila Nanang lahir, Chemong dah form 3. Dekat sepuluh hari lepas lahir, baru mak dengan adik balik. Terkejut tengok kulit dia hitam. He…he….hangus dalam inkubator rupanya. Mula-mula menyampah. Tapi bila tengok mak sakit, Chemong mula jaga adik baru. Waktu tu, tak tau pun dia cacat.

nanang


Chemong habiskan masa di form 3 dengan jaga Nanang siang malam. Ponteng sekolah benda wajib, seminggu paling kurang 2 kali. Homework jangan sebut, tak pernah buat. Baca buku jauh panggang dari api. Tahun tu pulak, abah eksiden, tak boleh kerja. Mak sebok berniaga di kedai makan. Maka Chemong lebih selesa jaga Nanang dari fikir atau ambik tau hal sekolah.



inilah kedai lama mak.....

Bila exam, Chemong jawab jangan tidak aje. Duduk dalam dewan setakat masa wajib. ½ jam pertama cepat-cepat jawab. Lepas tu, cabut lari balik sebab nak bagi susu Nanang. Waktu kecik, Nanang tak nak orang lain bagi susu. Dia sanggup lapar dari minum susu yang orang lain bancuh.
Bila result keluar, Chemong ingat kena repeat form 3. Siap cakap ngan abah nak ulang kat sekolah swasta. Abah kata ok. Sampai tengahari, baru gi ambik result, sebab tunggu kawan-kawan blah dulu. Bila tengok keputusan, Chemong terduduk. Betul ke dapat 16 aggregat? Kawan yang study maut pun dapat result jauh lebih teruk dari Chemong.
Chemong pasti ramai yang keliru dengan result Chemong. Dari satu segi, mungkin Chemong bertuah, tembak jawapan pun tepat. Tapi Chemong ada teori lain kenapa Allah berikan Chemong result sebegitu. Hanya Allah yang tau kebenarannya. Wallahuallam.

7:11 PM

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermain


11:02 PM


Selepas open house rumah kak ani, kami semua ramai-ramai ke rumah mak usu..... makan lagi..... Rumah mak usulah tempat kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai. Nasib baik mak usu selalu kumpulkan anak-anak saudara. Kalau ikutkan sibuk masing-masing....susahnya nak jumpa.... tq mak usu



Abah dengan pak usu


Mak usu

Masa ni la dapat jumpa ramai-ramai

Kak masitah dan kak ani



Ayun dan hairi


10:48 PM


Suasana masa open house rumah kak ani
Seronok beramai-ramai
Ada orang tu asyik jeling-jeling je anak-anak dara az zaharah
yang comel-comel belaka tu......

bapak-bapak jaga anak ya...ibu-ibu makn banyak-banyak....

Abg mustafa, emak, udin n azmi...nyam...nyam...

barisan mek-mek dara az zaharah yang kiut miut semuanya...
termasuk yang baju kaler orange tu....
(yang baju batik hitam pakai selendang tu maaf la ye....tak masuk senarai...)

Nanang macam biasa...kerjanya ngorat aje.... tak kira bini orang ke...

Bergambar kenangan dengan tuan rumah.....
terima kasih daun keladi kena tunggu tahun depan ke
baru boleh jemput lagi....hehe


1:52 PM

Memang benar la bagai di kata...ini lah wajah kesayangan hamba. Pertama kali terpandang gambar ni, hati ni tiba2 terasa sayu. Hari raya yg baru berlalu terlalu banyak yang berlaku. Banyak yang suka tapi ada juga yang dukanya. Tapi yang paling utama bagi kami semua adalah kegembiraan emak dan abah. Terima kasih kepada semua yang berusaha untuk menggembirakan emak dan abah. Namun jauh di sudut hati ini dapat merasakan yang emak dan abah macam tak puas bersama anak, menantu cucu dan cicitnya....Semoga Allah panjangkan usia mak dan abah, diberi kesihatan dan kesejahteraan serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah, kita akan berkumpul lagi. Amin.

2:30 AM
2:06 AM
2:04 AM




gambar dari rumah emak dan abah

Dendang perantau



Memori 5 :

Waktu sekolah, Chemong tak suka kawan dengan budak perempuan. Leceh, banyak isu remeh-temeh. Kawan ngan budak lelaki senang. Kasar, tetapi tak ada isu.

Pantang besar Chemong kalau adik-adik dikacau ganggu. Chemong akan buat serangan balas tak kira siapa orang tu. Chemong pernah tumbuk Anuar dan tolak dia masuk parit sebab koyakkan seluar Halim.

Chemong pernah repot kat Gurubesar sebab pelayan pejabat suka sakat dan sorok barang Kak Na. Chemong pun pernah buat bantahan sebab kawan Cikgu Johan tampar Halim kat padang.

Chemong juga pernah marah Ati sebab selalu buli Kak Na. Pendek kata, nudak-budak lain tak berani kacau ganggu adik-adik sebarangan. Maklum la, masa tu Halim penakut, Kak Na pulak ciwek. Cikgu-cikgu tau, kalau Chemong mengamuk, mesti sebab ada orang usik adik-adik.

Tapi bila masuk sekolah menengah, adik-adik sekolah kat tempat lain. Masa tu semua dah berdikari. Tak payah Chemong cover-cover lagi.Tapi itu dulu. Sekarang adik-adik pulak buli Chemong………………………………

11:08 AM

Mama Yang tengah pangku cicit kesayangan


Papa Yang......tu dia atuk tengah tunjuk skill


Keempukkan nenet Chemong semakin melenakan baby

Tido.... ribut ke taufan ke.... nyenyak je Mariam Hanna tido

Masih tido jugak walaupun digude-gude

Sampailah kami semua balik...baby masih tido jugak... huhuhu....


Apa-apa hal pun... kita baca doa dulu. Ambil berkat. Semoga ditambah dan diberkati rezeki yang diberikan Tuhan. Abah mengetuai bacaan doa.... kami mengaminkan....

Kak Gee, kak Cha dan kak Ani..... cuba tanya mana hubby masing-masing.....


Tu dia si imas.....


Aksi gotong royong.... sendri masak.... sendri bungkus.... sendri makan.... itu periuk kat dapur sendri mau ingat aaaa..... mana mau lari

Chemong pecah rekod...baju paling cantik... chemong ngelat.... lepas ni cuci periuk ye...

Taulah sekarang perut udin tu ikut sape....
nampak tak orang yang duduk kat belakang tak pakai baju tu....

Daun pisang wajib ada.... kalau tak , tak tradisionallah nasi ambang kita... lapik daun pisang atas suratkhabar, supaya kuat sikit masa membungkus nanti. Kalau tak terburai......

Yang ini namanya serunding kelapa. Inilah lauk paling sedap abad ini. Wajib ada dalam nasi ambang. Kalau tak ada serunding, itu namanya nasi mambang. Tau tak mambang tu apa? mambang tu hantu.... ala...yang keluar malam-malam kacau orang sana sini tu....

Awek yang tengah bungkus nasi ambang ni nama dia kak gee. Kalau nak tahu, sebenarnya kak gee ni pun bukan tahu sangat bungkus nasi ambang....

Tengok tu.... sampaikan bantuan kecemasan dari kak isah... Tak pernah dibuat orang bungkus satu nasi ambang sampai dua orang. Malu kat orang kampung....


Laaa..... ada yang senget... ada yang macam bungkus nasi lemak... yang satu tu ok la sket.... jangan nanti kecik ati pulak kak gee.... susah kita... sapa nak sinsing lengan masa kenduri.... si maznah, jangan diharaplah.....